Rekod.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=114363810884800&id=101895762131605

*Kronologi : Rekod DAP dan PKR derhaka kepada Raja dan Istana*

by – H R on – 14:38


2013: Dalam satu rakaman video, penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin menyatakan institusi beraja akan terkubur menjelang 2030 dan bahawa Malaysia akan menjadi negara repulik. Antara kandungan video terbabit adalah perancangan agar rakyat mula menyamakan panggilan ‘Sultan’ dengan ‘setan’.

2 September 2014: Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor terus berlanjutan berikutan titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar sekurang-kurangnya dua nama dipersembahkan untuk jawatan itu tidak diendahkan oleh PKR & DAP.

8 September 2014: Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita terhadap DAP dan PKR yang ingkar dan gagal mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar seperti yang dititahkan. Setiausaha Sulit baginda menyifatkan tindakan dua parti itu sebagai biadab kepada Institusi Raja dan satu perbuatan derhaka terhadap titah baginda Tuanku.

10 September 2014: Wan Ji Wan Hussin dilaporkan ditahan di bawah Akta Hasutan kerana menghina Institusi Raja. Penahanan beliau dikutuk Pemuda PKR.

28 September 2017: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan dengan tanggungjawab menjelaskan dasar Islam negeri itu. Wan Ji sebelum ini dikenali dengan video yang memaparkannya menjelaskan rancangan menghapuskan sistem beraja di Malaysia.

6 Mac 2018: Lim Kit Siang memperlekeh dan menghina titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Beliau menyifatkan titah baginda sebagai ucapan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

9 Julai 2019: Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin dihukum penjara setahun selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor.

19 Mei 2020: Pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr. Xavier Jayakumar disifatkan menghina Institusi Diraja apabila melabelkan Sidang Parlimen sebagai ‘sampah’.

4 Ogos 2020: Pemimpin DAP dan ADUN Tras, Chow Yu Hui mencabar ketetapan kerajaan Pahang mewajibkan tulisan Jawi pada papan tanda perniagaan. Ketetapan tersebut dibuat selari dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah yang mahu memartabatkan penggunaan tulisan jawi dalam negeri ini.

21 Oktober 2020: Pemimpin DAP dan ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu menulis hantaran Facebook berbaur hasutan agar rakyat menentang sistem beraja seperti yang sedang berlaku di Thailand ketika itu.

24 April 2021: Pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Charles Santiago menulis hantaran Facebook bersolidariti dengan artis, Fahmi Reza yang ditahan kerana menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah.

Mei 2021: Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan dan penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam satu video secara langsung.

25 Mei 2021: Pemimpin PKR dan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi menulis hantaran Twitter berbunyi, “Qu’ils mangent de la brioche” (biarkan mereka makan kek) untuk mempersenda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah. Ayat tersebut sinonim dengan Revolusi Perancis yang menggulingkan sistem beraja Perancis pada 1789.

——————————

RUJUKAN:

1. haas sas. (2013, 27 Jun). [TERGEMPAR] Ust Wan Ji Hapuskan Sistem Sultan [Fail video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=qWwVVlAuZ9c

2. Parzi, M.N. (2014, 2 September). Krisis Selangor: PKR dan DAP tetap mahu Wan Azizah calon tunggal. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2014/09/4100/krisis-selangor-pkr-dan-dap-tetap-mahu-wan-azizah-calon-tunggal

3. Sultan Selangor dukacita DAP, PKR gagal kemuka lebih dua nama calon MB. (2014, 8 September). Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2014/09/5090/sultan-selangor-dukacita-dap-pkr-gagal-kemuka-lebih-dua-nama-calon-mb

4. Pendakwah Wan Ji Wan Hussin ditahan di bawah Akta Hasutan. (2014, 10 September). Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendakwah-wan-ji-wan-hussin-ditahan-di-bawah-akta-hasutan-43625

5. Wan Ji dilantik pegawai penerangan Guan Eng. (2017, 28 September). Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/396602

6. Ngah, N., Mohd Pilus, F.A., et. Al. (2018, 6 Mac). ‘Kit Siang bersikap biadap, perlekeh titah Agong’. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/396438/kit-siang-bersikap-biadap-perlekeh-titah-agong?fbclid=IwAR09-P0FZwhVifnQvX7CdzZP-O35pwshd5HZtT7NyB5nqxbNUh1pFhE1Qaw

7. Mohd Zaini, S. (2019, 9 Julai). Wan Ji dipenjara setahun. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/582834/wan-ji-dipenjara-setahun

8. Sifatkan Sidang Dewan Rakyat sebagai ‘sampah’, Xavier didakwa hina institusi diraja. (2020, 19 Mei). Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-politik/sifatkan-sidang-dewan-rakyat-sebagai-sampah-xavier-didakwa-hina-institusi-diraja-243535

9. Cabar Jawi: Tindakan ADUN DAP keterlaluan, biadab! (2020, 4 Ogos). Ismaweb. https://ismaweb.net/2020/08/04/cabar-jawi-tindakan-adun-dap-keterlaluan-biadab/

10. Rozlan. N.I. (2021, 30 Mei). Kenapa masih nak simpan Iswardy Morni? Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/141330/BERITA/Politik/Kenapa-masih-nak-simpan-Iswardy-Morni

11. Mohd Amin, M. (2020, 21 Oktober). PCM kecam Ronnie Liu hina Raja-Raja Melayu. Malaysia Gazette. https://malaysiagazette.com/2020/10/21/pcm-kecam-ronnie-liu-hina-raja-raja-melayu/?fbclid=IwAR1KDCUwVoKmeUQ9gDO_TwrfLBfIlzeU5JCR3dPcq0ru9UqFLa3CX2GBo8M

12. Zakaraya, S.Z. (2021, 27 Mei). ADUN Kota Anggerik dituntut mohon maaf terbuka. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/140853/BERITA/Semasa/ADUN-Kota-Anggerik-dituntut-mohon-maaf-terbuka?fbclid=IwAR0yOv_8_FIixIdnAVdCqp-Ocx2KwOjlj2o2qjKHbfZVlDLh-SqLGX5wH0Y

Yahudi.

*💥 “Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti jejak langkah mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu…”(Surah al-Baqarah, ayat: 120)*
*✔️Selangkah demi selangkah sehasta demi sehasta sejengkal demi sejengkal, hingga dia masuk lubang biawak kamu akan ikut juga❓*
*وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ*
*✔️Dan tidak sekali-kali akan redha orang Yahudi itu terhadap engkau;*
*✔️Golongan Yahudi ini mereka sentiasa mencari jln utk menjatuhkan dan memusnah umat Islam sehingga kita benar2 mengikut jejak langkah mereka serta kemahuan mereka*

Air tangan.

Muhasabah diri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

“Jangan makan dari air tangan orang yang tak Solat!”

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa a.s., ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maksudnya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..” 

📌Telegram Muhasabah Diri

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖